Isnin, 8 Mac 2010

Apa yang harus kita lakukan?

Apa yang mesti kulakukan

saat ini fikiran fikiran terbayang bayang tentang anak-anak didik yang belum mengenal alif ba ta..sehingga darjah 6 pun masih ada yang belum boleh membezakan azan dengan iqomah. Dimanakah silapnya, dimanakah puncanya, adakah dari ibu bapanya, gurunya, masyarakatnya, silibusnya ke atau dirinya sendirinya sendiri.. anak kecil ini masih tepinga pinga untuk mengenali alif ba ta walaupun telah menjangkau usia 11 tahun..apa yang harus kulakukan.



Baru-baru ini (cuti maulidul rasul)ketika temankan suami berjalan di sekitar bandar JB kami singgah di salah sebuah masjid di sini kerana suamiku ingin menunaikan solat Jumaat.. ana melihat ramai kaum muslim berpusu-datang ke masjid, ada yang terus masuk saf, ada yang baru ambil wuduk' ada yang bersembang, dan ada yang tengah lepak..pelbagai jenis ragam manusia yang ana lihat menandakan bahawa manusia tidak sama ragamnya..


yang paling menyedihkan apabila ana melihat ramai anak2 muda berada di luar masjid dan bersembang ketika kahtib membaca khutbah, bila yang lain menunaikan solat, mereka masih lepak di belakang masjid..ketika itu ana hanya mampu ana membuka tingkap kereta dan menonjolkan sedikit muka ana serta memandang tepat ke arah mereka dengan harapan mereka malu. Tapi sangkaan ana meleset. Tak ada sorang pun yang malu, lagi melepak adalah. Mereka nampak ana..bila imam bagi salam je berbondong-bondong keluar dari tempat persembunyian..dan ada keluar dengan muka tak bersalah.

Paling menyedihkan apabila mereka berpakaian lengkap baju melayu yang mak ayah mereka belikan. datang dengan minyak motor yang duitnya mak ayah mereka berikan, dengan harapan anak mereka pergi solat..ana percaya dari raut wajah dan watak mereka masih bersekolah...ada yang dah jadi ayah orang pun melepak jugak..

kesian mereka, bohong dengan diri sendiri, bohong dengan Allah, bohong dengan mak ayah, bohong dengan masyarakat..seramnya!

Ya Allah geramnya hati ana melihat situasi ini. dimana silapnya. apa yang perlu kita lakukan, kalaulah solat jumaat macam ni, solat lima waktu macam mana ye? buntu ana, sedih pun ada.

Ana pernah bercakap tentang solat ketika dalam P&P di sekolah dan menasihati anak2 murid agar jangan meninggalkan solat. kalau boleh berjemaah dengan ibu bapa. Ada seorang murid perempuan tanya pada ana " Ustazah, camana saya nak ajak mak ayah saya solat berjemaah sedangkan saya tak pernah lihat mak ayah saya solat" luluh hati ana bila dengar pertanyaan tu. " mak ayah awak mungkin solat dalam bilik sebab tu awak tak nampak. nanti balik ajak mak ayah awak solat baru best solat sama-sama" jawab ana untuk menenangkan hati pelajar tu..itu baru 1 soalan. ada yang cakap " ustazah, mak saya tak kasi solat subuh takut tertinggal bas" macam mana tu..

Dimanakah puncanya untuk diperbetulkan? apa yang harus dilakukan? siapa yang harus bertindak untuk perbetulakan semua ini..wallau'alam

Ya Allah, Kasihanilah anak2 anak didik ku, mereka tak bersalah...