Rabu, 25 Ogos 2010

BERBAHAGIALAH MENJADI MUSLIMAH


Ada kaum wanita berkata..."susahnya menjadi wanita ISLAM" lihat saja peraturan di bawah
1. wanita auratnya lebih susah digaja berbanding lelaki.
2. wanita perlu meminta izin dari suami apabila mau keluar tetapi sebaliknya pada suami.
3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. wanita harus menghadapai kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. wanita wajib taat kepada suami tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami bukan di tangan isteri.
8. wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang dialaminya tetapi tidak pada lelaki.



PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA

1. Aurat serta perhiasan adalah suatu yang sangat mahal harganya. maka benda yang mahal akan dijaga, dibelai disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak dibiarkan terselerak, bukan? Itulah bandingannya antara wanita muslimah dan perempuan jalanan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki perlu taat kepada ibunya 3kaliganda lebih dari seorang ayah. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3. Wanita menerima harta atau warisan lebih sedikit dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserah kepada suaminya. Manakala suami menerima harta pusaka dan warisan ,tetapi harta itu digunakan untuk menanggung isteri dan anak-anaknya.

4. wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melhirkan adalah syahid.

5.Di akhirat kelak seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak permpuannya dan saudara perempuannya.


6. Seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

7.Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu:
solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.


8. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fi sabilillah tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menuanaikan tanggungjawabnya kepada Allah ia akan turut mendapat pahala orang berjuang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MASYAALLAH..SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA MUSLIMAH
TERIMA KASIH ALLAH



Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Kareem!

Masjid Jamiah Yarmouk


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Inilah hadith yang dilaungkan (dalam bahasa arab)oleh anak2 yatim ketika ana melangkah masuk dalam ke perkarangan masjid Yarmok untuk mendirikan solat sunat tarawih, setiap kali itu juga ana melihat wajah anak yatim yang sangat comel, matanya hijau kebiruan, kulitnya putih kemerahan dan mendengar hadith yang dibaca sampai ana hafal. dalam hati, alangkah baiknya kalu ana dapat menjaga anak2 ini. besar ganjarannya di sisi Allah. Dapat duduk dekat2 dengan Rasulullah dalam syurga..bestnye. Tapi kemampuan ana terbatas. Moga Allah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

Anak -anak yatim ini akan berada di hadapan setiap pintu masuk jemaah lelaki atau perempuan sambil membaca hadith dan menghulurkan sekeping sampul surat. Sampul surat ini diberikan dengan harapan para jemaah akan menghulurkan sedikit bantuan dan memasukkannya dalam tabung yang disediakan khusus untuk anak yatim. inilah antara keindahan suasana Ramadhan di Jordan,

Dengan papan tanda yang banyak mengalukan kedatangan Ramadhan, restoran2 berlumba-lumba untuk menyediakan hidangan berbuka FREE untuk para musafir dan ibnu sabil seperti kami yang sedang menuntut ilmu, anak2 arab membungkus kurma atau coklat cantik2 dan diedarkan ke semua jiran2 dan sahabat handai tak kira kenal atau tidak, para jemaah bertadarus sama2 dalam masjid sambil menunggu waktu solat isyak dan yang paling best tak sentuh langsung pasal HARI RAYA. Apabila habis Ramadhan semua bekerja seperti biasa. Hari raya pun bekerja siap buka kedai lagi.
Ya Allah ana terlalu Rindukan suasana ini. masih terbayang2 di depan mata ketenangan yang dikecapi di sana. Moga ana dapat ke sana semula bersama suami tercinta.



Seperti biasa apabila datangnya Ramadhan, ana dan suami telah berbincang tentang target2 ibadah yang perlu di capai sepanjang Ramadhan. Antaranya ialah mesti khtam 30juz. Untuk memudah perjalanan tadarus suami, Ana mengambil langkah menyediakan sesuatu khas untuknya iaitu satu lembaran senarai MUKA SURAT DALAM AL-QURAN. Lembaran ini bertujuan untuk memudahkan suami ana dan semua pembaca al-quran mengingat muka surat yang telah dibaca dan dapat menentukan target berapa muka surat yang hendak dibaca setiap hari.


Selepas ini kami akan tampal lembaran ini bersebelahan (ana punya dan suami punya) agar dapat bersaing dan berlumba2 siapa yang khatam dulu hehe...

kepada semua pembaca blog ana hadiahkan lembaran ini untuk manfaat kita bersama. Siapa yang nak dalam bentuk WORD sila tinggalkan alamat emel anda untuk proses attacment. Moga kita berkumpul bersama ahlul quran di syurga nanti ...Amiin

SALAM RAMADHAN DARI KAMI
AALI MUNAWWAR