Alhamdulillah setelah 'berkurun' lamanya ana tak jejak blog atas sebab-sebab tertentu dan komitmen pada rumahtangga dan masyarakat baru malam ni Allah bagi keizinan untuk ana
menulis. Sambil menunggu suami pulang dari service kereta, ana coretkan sedikit keseronokan bercamping di Teluk Ramunia. Baru-baru ni sek ana mengadakan perkemahan 3 hari 2 malam Unit beruniform di Teluk Ramunia Beach Resort Kota Tinggi Johor. Semua guru wajib hadir dan ada yang bawak keluarga, apa lagi ana ambik peluang bawak sufiah skali, biar dia dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah..orang kata jauh perjalanan luas pandangan hehe
Berehat sambil memantau aktiviti pelajar
hasil masakan kumpulan 6 (kump ana)..alhamdulillah dapat menang persembahan terbaik
beratur nak letak majerin dan gula pada rotim pintal bakar
sufiah bakar roti pintal
cikgu maznah memintal roti di kayu bersih untuk di bakar