PENDIDIKAN DI MADINAH
Perpindahan Rasulullah s.a.w ke Madinah pada tahun 622 Masishi membawa perubahan dan pengertian besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memnuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat penyampaian ilmu, sistem halaqah bermula di masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Fungsi masjid mengikut terminologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran pendidikan.
Rasulullah s.a.w. telah mendirtikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid, dikenali sebagai al-Suffah. Al-Suffah merupakan sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama(aqidah, syriah, akhlaq) Khat, sejarah dan bahasa.
Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur:
1. Pendidikan Umum: dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' al-Rasyidin. Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas sembahyang fardhu atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
2. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.
3. Pendidikan Institusi: Merupakan Intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani. Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa selanjutnya.
wallahua'lam
rujukan: Modul 3/3 Pendidikan Islam terbitan KPM