" Kepada semua sahabat sila ke lapor diri ke PPD masing2 pada 7.2.11 dan mengambil surat tawaran dan penempatan ke sekolah masing2 , harap maklum" maseg yang ku terima dalam perjalanan dari Terengganu ke Johor.
Masyallah oooh tidaak! ingatkan dapat berehat di rumah seminggu lagi tapi esok dah mula rupanya. Semua penghuni kereta terkejut mendengar berita ini. Dari satu sudut ianya baik untukku dan keluargaku dan dari satu sudut lain tak sempat untukku untuk merasa menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi itu semua ketentuan Allah. itu yang terbaik.
Semasa dalam pangajian, segala assigment dan peperiksaan dihadapi dengan dengan tenang. Kadang2 stres juga kerana terpaksa menanggung banyak tanggungjawab besar. Mujurlah ada suami yang sentiasa memberi semangat dan galakan agar menghadapinya dengan tenang. Alhamdulillah segala kerja dapat disiapkan dengan hasil tangan sendiri dan idea dari suami, sahabat2 dan rakan sekerja. Nikmat rasanya.
" Biar susah asalkan kita jujur dalam menuntut ilmu. usaha sampai berjaya insyallah Allah tak tinggalkan kita asalkan hati kita sentiasa mengingati-Nya. Jaga hati kita agar berkat dari-Nya datang bergolek kepada kita"
Pesan ibuku dan arwah ayahku dalam menuntut ilmu
" kita sentiasa dihina dan dimarahi semasa menuntut dan akan dipuji semasa dituntut. Hormati guru dalam apa jua keadaan sekalipun" Pesan Imam Syafi'e Rahimahullah.
Setelah tamat pengajian di Maktab temenggong Ibrahim, Allah kabulkan doaku sejak aku mula melangkah masuk pengajian iaitu untuk menjadi pelajar cemerlang dan izinkan aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Kini setelah menandatangani surat perjanjian untuk berkhidmat menjadi guru, terasa betapa besarnya tanggungjawab menjadi murabbi untuk anak-anakku, keluargaku dan agamaku serta bangsaku.
Ya Allah,
Biar mereka mendapat cintaMu
Melalui senyumanku
Biar mereka mendapat cintaMu
melalui gurauanku
Biar mereka mendapat cintaMu
melalui ketegasanku dan kata-kata hikmahku
Agar mereka merasai keindahan cintaMu
Agar mereka sentiasa mencariMu
Agar mereka sentiasa memeluk cintaMu
Ya Allah
kuatkan hatiku
untuk mendapat cintaMu
kuatkan hatiku
untuk mencantikkan peribadiku
agar sentiasa mengingatiMu
kuatkan hatiku
untuk memperkenalkan cintaMu kepada mereka
Biar mereka mendapat cintaMU
melalui peribadiku
kerana Engkaulah yang menghiasiku
dan melantikku menjadi murabbi kepada hamba-hambaMU
dan segala kesempurnaan dan kecantikan hanya layak diberi kepadaMu
kerana Engkaulah Tuhanku yang menciptaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan