Jumaat, 13 November 2009

BAGAIMANA NAK RAJIN BACA AL-QURAN

SISTEM 6 MENANG

PART 1

Ramai yang tanya ana tentang bagaimana kita nak minat dan rajin baca Al-Quran walaupun kita tahu bahawa membaca Al-Quran itu besar pahalanya. Hatta orang yang hafal quran pun ada setengahnya susah nak nak baca quran. Kenapa ye???? Masalah besar tu!!

Pada bahagian pertama ni ana akan terangkan tips-tipsnya serba sedikit hasil dari pengalaman, nasihat guru-guru dan kaedah yang sentiasa ana gunakan. Moga ada manfaatnya.


Kaedah Pertama

BAWA HATI MU KEPADA TUHAN



"Ya Allah Jangan tinggalkan daku walau sekelip mata"


Mohon pada Allah setiap hari dan setiap saat agar Allah sentiasa dengan kita dan kita sentiasa mengingatinya. Kita tidak tahu apa yang berlaku esok dan bumi mana kita akan mati, ujian apa yang kita akan tempuhi dan rezeki apa yang kita akan dapat. Semuanya bergantung pada Allah. Bila kita kenal Allah kita mesti kenal Al-Quran.

Untuk itu sebagai panduan untuk mencari kaedah-kaedah yang tepat untuk kita menempuh ujian Allah takm lain dan tak bukan mana lagi selain Al-Quran dan Hadith. Jadi kuatkan hati untuk membelek helaian dan memegang Al-Quran setiap hari.


Kaedah Kedua

SISTEM 6 MENANG

Ana teringat zaman ana tingkatan dua di Sekolah Men. Agama Khairiah. k Terengganu dulu. Ada seorang guru yang mengajar ana sub. bahasa Inggeris. Puan Rohani namanya. Beliau memberikan kaedah kepada ana bagaimana nak mewujudkan time table peribadi yang menyeronokkan dan seronok untuk diikut. Kata beliau buat Sistem 6 Menang. Terpinga juga bila dengar 6 Menang. Apa tu??



Rupanya Sistem 6 Menang ni ialah enam perkara yang menyeronokkan dan berfaedah yang kita listkan/ rancang nak buat pada setiap hari. Jika kita berjaya membuat kesemuanya makananya kita dah menang dengan perancangan kita. Contohnya


Hari ni ana rancang nak :

  1. Bangun awal,

  2. Basuh kain

  3. Cari bahan Assigment.

  4. Masak nasi ayam untuk suami dan anak.

  5. Baca Quran surah al-fatihah & juz 'amma lepas solat magrib.

  6. Tengok TV/blog/baca majalah.


Jika ana berjaya buat dengan apa yang ana rancangkan maknanya ana dah menang dengan perancangan ana. Kita juga boleh ubah jadi 7 perkara 8 perkara 9 dan sebagainya. tak semestinya 6 perkara sahaja.

Untuk memastikan kita membaca al-Quran setiap hari, kita mestilah letakkan dalam perancangan harian kita agar lama kelamaan ia menjadi perkara rutin yang janggal untuk ditinggalkan. Untuk permulaan yang bagus baca sikit-sikit dalam 1 surah pendek atau 3muka 1 hari. lama-kelamaan perasaan untuk tambah muka surat akan datang dengan sendirinya insyaAllah. Wallahua'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan