Selasa, 17 November 2009

Rayuan Ahli Neraka

Sepanjang perjalanan balik dari menghantar suami ke sekolah, ana mengikuti kuliah ustaz Zawawi di ikim.fm yang menceritakan tentang suasana di padang mahsyar ketika berlakunya tiupan sangkakala yang amat dahsyat. Di saat itu tiada makhluk pun yang akan selamat dari tiupan itu, anggota manusia akan pecah dan mati serat merta, roh-roh akan tercabut dan keluar berterbangan seperti belalang(surah ali Imran), bumi akan hancur, segala isi alam akan menjadi debu, dan langit ketika itu akan mengeluarkan air yang akan membangkitkan semula manusia di padang mahsyar. Betapa dahyatnya gambaran yang diberikan oleh Allah s.w.t tentang hari kiamat.Ketika itu si ibu tidak mengenali sang anak dan anak tidak mengenali ibu bapanya, tiada siapa yang kenal antara satu sama lain.

Ahli syurga akan di selamatkan oleh Allah di bawah arasyNya dan di seru oleh nabi Muhammad dengan nama Ummati. Mereka dijemput oleh para malaikat yang akan berbaris menyambut kedatangan mereka dan akan dihidangkan dengan layanan yang begitu indah di syurga.

Ahli neraka akan merayu pada Allah agar dihantar semula ke dunia agar mereka dapat bertaubat dan mengerjakan amal soleh. Mereka akan disiksa di neraka yang tidak terperi sakitnya. Ada di antar mereka yang meminta air dari ahli syurga sepertimana yang dicerikan oleh Allah dalam surah al-A'raf ayat 50-51 yang bermaksud.

Para penghuni neraka menyeru para penghuni syurga " Tuangkanlah sedikit air kepada kami atau rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu" mereka menjawab " sesungguhnya Allah mengharamkan keduanya bagi orang kafir.
(iaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari itu kami melupakan mereka sepertimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini dan kerana mengingkari ayat-ayat kami.

Betapa gerunnya peringatan Allah kepada kita. nauzubillah kita tak nak jadi golongan yang memeprmainkan agama. sekarang ini ramai yang


  • Menggadaikan agama kerana harta

  • mempermainkan urusan agama kerana dikira itu untuk orang yang baik sahaja

  • Menjadikan tutup aurat itu sebagai wasilah ke arah glamor

  • meringankan hukum -hakam Allah dan mangambil 10% sahaja dari fatwa sebenar hanya semata-mata untuk keringanan dalam beribadah.

  • menghalalkan yang haram utuk mencapai matlamat.

  • mencipta hukuman baru dan menolak hukum hudud dari Allah dengan alasan tidak sesuai dengan zaman sekarang.

  • maksiat dianggap hiburan dan perkara yang boleh dibuat senda gurau.

  • Amanah dimain-mainkan.

  • zakat diberikan kepada bukan asnaf

  • dan banyak lagi ragam manusia sekarang

Apabila solat danggap bukan lagi tiang agama maka hancurlah segala amalan yang lain. MasyaAllah takut betul dengan akhir zaman ini. manusia menjadi lebih sesat dari binatang. semoga kita bukan tergolong dari kalangan mereka. Amiiin..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan