Isnin, 11 Januari 2010

PANDUAN UNTUK PEMIMPIN


Di dalam surah Ali Imran ayat 159 Allah berfirman:

" Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu (wahai Muhammad) berlemah lembut dengan mereka, Sekiranya kamu bersifat keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka,dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."


Dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan kepada kita panduan yang sangat penting yang mesti kita tahu dan amalkan.
Pertama: kita mesti mengetahui bahawa segala dugaan dan cabaran yang datang adalah rahmat dari Allah,
Kedua: Maka hendaklah kamu berlemah lembut dengan sahabat-sahabat kamu dan orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kamu walaupun mereka menentang kamu.
Ketiga: Janganlah kamu berkeras hati dengan mereka kerana sekiranya kamu bersifat keras dengan mereka tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu.
Keempat: Maafkanlah mereka dan mohon ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan, kepimpinan, muamalat dan sebagainya.
Kelima: Jika kamu telah bertekad untuk membuat sesuatu maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang-orang yang bertawakkal kepada -Nya.
wallahua'lam
#rujukan: sofwatu tafasir, tafsir ibnu kathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan