Rabu, 21 April 2010

BILA NUR MELIMPAH DIHATI


Bila nur melimpah di hati
manusia itu bangun
dari alam kegelapan
ibarat mata yang berseri
Menatapi mentari pagi
yang indah dan cerah menerangi
kerana iman dan juga Islam
telah menjadi keyakinan

Bila Quran dan sunnah didaulatkan
ketika itu jiwa dikorbankan
harta kemewahan dilaburkan
demi untuk agama kebenaran
Song by: Nada murni

Selasa, 13 April 2010

Thank you Allah

Walaupun cuti pertengahan penggal pertama(bulan 3) dah sebulan berlalu, tapi keseronokannya masih terasa. Alhamdulillah setelah setengah tahun ana tak dapat balik Terengganu kerana kuliah di maktab, kali ini Allah izinkan ana sekeluarga merasai nikmat balik Terengganu. Perkara yang paling seronok ialah dapat peluk mak ana, bersembang dengannya, bergelak ketawa dan tengok mukanya. Dengar macam manja tapi itulah nikmat yang perlu direbut ketika ibubapa kita masih ada kerana akan hilang satu nikmat bagi seorang anak apabila ibu bapanya telah tiada. Apakah antara nikmatnya? jawapannya ialah Redha ibu bapa dan doa yang paling cepat didengari oleh Allah s.w.t ialah doa ibu.

Ibu.. Ibu engkaulah ratu hatiku


Dengar je budak2 datang ngaji Sufiah dah sibuk cari tudung dan muqadam nak belajar ngaji dengan tok, walaupun tak tahu yang mana satu ali mana ba tapi dapat duduk ngaji depan tok dan ikut tok sebut huruf pun jadilaa hehe


paling last ana sampai ke Air terjun Sekayu ialah 10 tahun yang lalu, inilah laki pertama bawa suami dan sufiah ke sini, nak masuknya tak mahal cuma bayar RM 1.00 untuk sebuah kereta itupun untuk bayar parking. Anda bawalah seramai mungkin dalam kenderaan anda, anda cuma perlu bayar seringgit je..best betul...tapi nak sampai sini kene hati2 sebab periuk api(tahi lembu) banyak kat tepi jalan hehehe

Suasana mandi manda di Air Terjun Sekayu, ana tak pergi betul2 kat tempat air terjun, bahaya sebab dah ramai yang meninggal kat situ.

Airnya sangat jernih dan sejuk sekali


Pemandangan indah di Tasik kenyir..nampak puncak gunung yang ditenggelami air kerana takungan tasik buatan manusia..tempat ni memang cantik dan tenang subhanallah

abang Nua dan abang men serta konco-konconya memancing di tebing tasik kenyir tapi ikan semua lari sebab kacau waktu lunch mereka hehe....

Buat majlis perjumpaan adik beradik dan jamu orang surau di rumah mak...

Jual-jual Toto Naritta cantik punye, macam-macam color ada..orang johor kirim belikah Toto Naritta...borong kat pasar payang

Isnin, 8 Mac 2010

Apa yang harus kita lakukan?

Apa yang mesti kulakukan

saat ini fikiran fikiran terbayang bayang tentang anak-anak didik yang belum mengenal alif ba ta..sehingga darjah 6 pun masih ada yang belum boleh membezakan azan dengan iqomah. Dimanakah silapnya, dimanakah puncanya, adakah dari ibu bapanya, gurunya, masyarakatnya, silibusnya ke atau dirinya sendirinya sendiri.. anak kecil ini masih tepinga pinga untuk mengenali alif ba ta walaupun telah menjangkau usia 11 tahun..apa yang harus kulakukan.



Baru-baru ini (cuti maulidul rasul)ketika temankan suami berjalan di sekitar bandar JB kami singgah di salah sebuah masjid di sini kerana suamiku ingin menunaikan solat Jumaat.. ana melihat ramai kaum muslim berpusu-datang ke masjid, ada yang terus masuk saf, ada yang baru ambil wuduk' ada yang bersembang, dan ada yang tengah lepak..pelbagai jenis ragam manusia yang ana lihat menandakan bahawa manusia tidak sama ragamnya..


yang paling menyedihkan apabila ana melihat ramai anak2 muda berada di luar masjid dan bersembang ketika kahtib membaca khutbah, bila yang lain menunaikan solat, mereka masih lepak di belakang masjid..ketika itu ana hanya mampu ana membuka tingkap kereta dan menonjolkan sedikit muka ana serta memandang tepat ke arah mereka dengan harapan mereka malu. Tapi sangkaan ana meleset. Tak ada sorang pun yang malu, lagi melepak adalah. Mereka nampak ana..bila imam bagi salam je berbondong-bondong keluar dari tempat persembunyian..dan ada keluar dengan muka tak bersalah.

Paling menyedihkan apabila mereka berpakaian lengkap baju melayu yang mak ayah mereka belikan. datang dengan minyak motor yang duitnya mak ayah mereka berikan, dengan harapan anak mereka pergi solat..ana percaya dari raut wajah dan watak mereka masih bersekolah...ada yang dah jadi ayah orang pun melepak jugak..

kesian mereka, bohong dengan diri sendiri, bohong dengan Allah, bohong dengan mak ayah, bohong dengan masyarakat..seramnya!

Ya Allah geramnya hati ana melihat situasi ini. dimana silapnya. apa yang perlu kita lakukan, kalaulah solat jumaat macam ni, solat lima waktu macam mana ye? buntu ana, sedih pun ada.

Ana pernah bercakap tentang solat ketika dalam P&P di sekolah dan menasihati anak2 murid agar jangan meninggalkan solat. kalau boleh berjemaah dengan ibu bapa. Ada seorang murid perempuan tanya pada ana " Ustazah, camana saya nak ajak mak ayah saya solat berjemaah sedangkan saya tak pernah lihat mak ayah saya solat" luluh hati ana bila dengar pertanyaan tu. " mak ayah awak mungkin solat dalam bilik sebab tu awak tak nampak. nanti balik ajak mak ayah awak solat baru best solat sama-sama" jawab ana untuk menenangkan hati pelajar tu..itu baru 1 soalan. ada yang cakap " ustazah, mak saya tak kasi solat subuh takut tertinggal bas" macam mana tu..

Dimanakah puncanya untuk diperbetulkan? apa yang harus dilakukan? siapa yang harus bertindak untuk perbetulakan semua ini..wallau'alam

Ya Allah, Kasihanilah anak2 anak didik ku, mereka tak bersalah...

Rabu, 17 Februari 2010

Dr. Sami Yusuf ranked among the Top 500 most influential Muslims

Anda kenal dengan Dr. Sami Yusuf atau lebih dikenali dengan Sami Yusuf? ana pasti ramai dikalangan kita yang mengenalinya dan meminati lagu-lagunya. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Tehran yang dilahirkan pada 1980 dan membesar di London dalam keluarga seni. Meminati muzik sejak dari kecil dan belajar bermain alat muzik seperti piano sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pernah menyanyi di gereja pada awal usia belasan tahun dan selepas itu mendalami Islam sepenuhnya dan bertekad untuk menyampaikan Islam kepada dunia melalui muzik dan lagu-lagunya. Beliau mencipta banyak lagu yang mendidik jiwa berunsurkan ketuhanan antaranya ialah Mualim, Without you, Asmaullah, You came to me, dan banyak lagi. Album pertamanya Al-Mualim telah mencatat jualan tertinggi iaitu 7 million unit yang di jual di seluruh dunia dan video klip Asmaullah mencatat rekod pengunjung tertinggi di You Tube, pencapaian beliau setakat ini boleh dikatakan setaraf dengan raja pop dunia seperti Michel Jackson. Dalam temuramahnya CNN, beliau dikatakan sebagai pembawa virus kepada dunia barat kerana lagunya dan cara pembawaannya tentang Islam sangat diminati ramai. Pada usia 29 tahun beliau telah mendapat gelaran Doctor of Letters di salah sebuah universiti terkemuka di London dan telah mencatat rekod sebagai penerima anugerah termuda di universiti itu. Dalam ucapan beliau ketika majlis anugerah tersebut beliau menyatakan bahawa beliau sangat bangga menjadi seorang muslim di London dan sangat seronok menciptakan lagu tentang Islam. Beliau digelar sebagai raja pop Islam dan akan menyampaikan Islam secara berterusan kepada penduduk dunia.


Antara kejayaan yang membanggakan Sami Yusuf ialah " According to a recent publication made by the The Royal Islamic Strategic Studies Centre, Sami is among the 500 the most influential muslims in the world. He is an internationally popular British singer-songwriter whose music has revolutionized the nasyeed industry. yusuf's music is mostly comprised of Islamic themes- about being a muslim in today's world. he is also known for his extensive involvement in charity work. His songa enjoy a broad appeal with all age groups in many part of the muslim wold and in Europe and North America."


Prongram terbarunya ialah beliau akan menyambut Maulidul Rasul bersama-sama tokoh terkemuka Islam seperti Dr.Yusuf Islam, syeikh Hamza yusuf, syaikh Faraz Rabbani, Osama Canon dan ramai lagi, untuk maklumat lanjut sila layari http://www.samiyusufoffical.com/


Kadang - kadang kita terfikir, Sami Yusuf menciptakan lagu dengan kebolehan yang ada untuk Islam dan didengari dan dijiwai di seluruh dunia, tapi adakah kebolehan yang ada pada kita untuk menyampaikan Islam mampu didengari dan dihayati seluruh dunia??? hmm kadang-kadang kat sekolah pun anak murid kita tak mampu menjiwai Islam dengan cara yang kita sampaikan inikan pula seluruh dunia....Besarnya Amanah ...wallahua'lam

Isnin, 11 Januari 2010

PANDUAN UNTUK PEMIMPIN


Di dalam surah Ali Imran ayat 159 Allah berfirman:

" Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu (wahai Muhammad) berlemah lembut dengan mereka, Sekiranya kamu bersifat keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka,dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."


Dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan kepada kita panduan yang sangat penting yang mesti kita tahu dan amalkan.
Pertama: kita mesti mengetahui bahawa segala dugaan dan cabaran yang datang adalah rahmat dari Allah,
Kedua: Maka hendaklah kamu berlemah lembut dengan sahabat-sahabat kamu dan orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kamu walaupun mereka menentang kamu.
Ketiga: Janganlah kamu berkeras hati dengan mereka kerana sekiranya kamu bersifat keras dengan mereka tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu.
Keempat: Maafkanlah mereka dan mohon ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan, kepimpinan, muamalat dan sebagainya.
Kelima: Jika kamu telah bertekad untuk membuat sesuatu maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang-orang yang bertawakkal kepada -Nya.
wallahua'lam
#rujukan: sofwatu tafasir, tafsir ibnu kathir

Rabu, 6 Januari 2010

Sanah Helwah anakku




Sufiah Hayati Mohd Anuar

Tanggal 5 Januari 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429 lahirlah seorang puteri yang diberi nama Sufiah Hayati bt Mohd Anuar di hospital k. Trg. kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran dan linanagan air mata kegembiraan. Hilang segala kesakitan dan kerenyahan apabila mendengar tangisan bayi sebaik saja dilahirkan. Bayi yang disifatkan sebagai anugrah yang agung dari Allah s.w.t dan besar amanah dariNya untuk kami mendidik puteri ini ke arah menjadi hambanya yang diredhaiNya.



semalam 5 Januari 2010 genaplah umurnya 2 tahun dan telah pandai berjalan, berlari, menyebut umi abi, tok nenek, 1-10, one two - ten, alif bata sampai ya ( ada juga huruf yng xleh sbut) dan dah mula ajak berbual. bila dibayangkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai ibubapa. Moga Allah beri kekuatan untuk mendidik puteri ini dengan baik. seronok melihat telatah sufiah.Hilang sagala masalah apabila memeluknya dengan erat, Kadang-kadang mengalir airmata tanpa kita sedar walaupun kita tidak meluahkan apa-apa padanya...Tak percaya? peluklah anak anda setiap hari, insyaallah anda akan merasai apa yang ana rasa.



Bagi yang baru berkahwin, jangan sekali-kali sebut tak mahu anak, takut Allah uji kita ketika kita memrlukannya.



Bagi yang belum ada anak, jangan putus doa, rayu pada Allah agar tidak membiarkan kita keseorangan tanpa zuriat.



Bagi yang dah ada anak, didiklah anak kita dengan mengenal Allah dan rasulnya lebih dari yang lain.

Bagi ibu yang hamil, seboleh-bolehnya khatma al-Quran sepanjang tempoh kehamilan
Ana mengalu-alukan sumbangan idea dari anda semua untuk dikonsikan bersama mengenai cara mendidik anak dengan berkesan. Sebarang idea sila paparkan dalam ruangan comen. sekian terima kasih


Ahad, 20 Disember 2009

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

Mereka yang dirindui

Baru-baru ini ana dikejutkan dengan satu panggilan talifon dari suara yang dah lama ana tak dengar. Selama ini ana hanya berbalas massege sahaja, maklumlah jaraknya terlalu jauh. Malaysia - Jordan. Nak call kene fikir dua tiga kali mengenangkan kosnya yang tinggi.Suara yang ana maksudkan ialah suara kak tie Pineng( Nor Hayati Abdullah). Hanya tuhan saja yang tahu betapa rindunya ana kepada kak tie dan ana percaya sahabat-sahabat ana ikip-Yarmouk pun merasai apa yang ana rasa.

Alhamdulillah kak tie dah berjaya menghabiskan Masternya di universiti Al-Bait Jordan dan telah pulang ke tanah air pada bulan Julai baru-baru ni. Tahniah untuk kak Tie kerana berjaya capai Master di Jordan. Pada sahabat-sahabat yang nak call kak Tie, ni nombornya 017-4096851.

Kepada sahabat-sahabat semua, ketahuilah ana sangat merindui kalian semua. Moga Allah merahmati kita semua di mana kita berada dan dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan..Amiin