Jumaat, 28 Mei 2010

KU RINDU PADAMU

Reenz,
hanya Allah saja yang tahu,
betapa rindunya hati ini padamu,
Hanya Allah saja yang tahu,
betapa sayunya hati ini mengenangkanmu,
mengenangkan saat suka dan duka kita bersama,
meniti hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Demi mencari redha Ilahi


hari ini kujalani kehidupan seperti biasa, dalam hati ini terasa sesuatu yang ingin dilepaskan tetapi aku tidak mengetahui apa yang tersirat di hatiku sehinggalah saat ketika aku ingin menulis tarikh di white boar sekolah, hatiku tersentak apabila mengetahui hari ini adalah 27 mei 2010, ...suatu tarikh yang menggenapkan setahun pemergianmu...mataku bergenang mengenangkan mu tapi ku tahan agar P&P ku berjalan lancar.

Reenz,
tika kau sedang berjuang meniti hari-hari terakhir,
kau memanggil namaku, nama sahabat-sahabat yang lain,
agar berada di sisi
tika itulah juga ku berusaha memohon cuti dan melengkapkan keperluanku
untuk pulang bertemu denganmu,
bayt-bayt doa tidak putus ku panjatkan pada Allah agar mengizinkanku bertemu denganmu
tapi..Allah lebih menyayangimu, aku tidak berdaya sehinggakan kuterima tentang pemergianmu insan yang ku kenali sejak dari Maahad telah pergi buat selama-lamanya,
luluh hatiku diiringi dengan air mata hanya tuhan yang tahu.

Reenz
tak berdaya nak kutahan airmata ini,..
mengalir deras di pipiku saat menulis luahan rasa ini...
ku pasti sahabat2 yang lain turut merasai apa yang kurasa...kerana engkaulah sahabat yang sentiasa di hati kami, menghiburkan kami saat suka dan duka..memberi keyakinan kepada kami saat dugaan tiba.


Reenz,
bagaikan tertanya-tanya, bagaimanakah kau di sana,.moga WILDAN sentiasa menemanimu
ku tahu itu semua diluar batasanku..untukku bayangkan
apa yang kami harapkan agar alunan doa kami sampai kepadamu,
menjadi penyeri kepada Raudhah mu.

Ya Allah, kami sangat rindukan marini, tempatkanlah dia bersama-sama Ahlul-quran yang engkau sayangi..amiin



pusara Al-Marhumah Marini Abdul Aziz
Besut Terengganu

7 GOLONGAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rabu, 19 Mei 2010

DARUL TASNIEM


Saat terakhir bertemu dengan MARINI ABDUL AZIZ (berbaju biru) di majlis perkahwinan Siti Rokiah


Salam kepada semua saudara-saudaraku sekalian, sempena memperingati setahun pemergian sahabat kita MARINI ABDUL AZIZ, ana membuka slot baru diberi nama DARUL TASNIEM. slot ini akan memberi ruang kepada kita untuk menghadiahkan bacaan 30juz kepada insan yang kita sayangi.


Untuk program pertama ini ana mengalu-alukan kesepakatan dan kebersamaan saudara saudari semua untuk menghadiahkan bacaan 30 juz kepada :

1) Almarhumah MARINI ABDUL AZIZ yang telah kembali ke rahmatullah pada 27. Mei 2009,

2) Ayahanda ana YUSOF BIN EMBONG( 1941-27 JUN 2000),
3) ayahanda mertua ana MOHD JUWAHIR BIN AHMAD.


Semoga pahala bacaan kita sampai kepada mereka dan Allah memberikan kerdhaaNya kepada mereka. Program ini akan bermula pada 27.Mei.2010 hingga 27 Jun 2010.


Setiap juz masih kosong. Bagi sesiapa yang ingin menyertai program ini sila daftarkan juz yang anda ingin baca di ruangan BICARA. Semoga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t dan niat kita sentiasa kerana Allah. Jazakumullahu Khairan Kathira.

JUZ 1: Wafa' dhiya'
JUZ 2: Wafa' dhiya'
JUZ 3: Wafa' dhiya'
JUZ 4: Wafa' dhiya'
JUZ 5: Wafa' dhiya'
JUZ 6: Norli
JUZ 7: Norli
JUZ 8: Norli
JUZ 9: Norli
JUZ 10: Norli
JUZ 11: Abg Nua
JUZ 12: Abg Nua
JUZ 13: Abg Nua
JUZ 14: Abg Nua
JUZ 15: Abg Nua
JUZ 16: Abg Nua
JUZ 17:Tony
JUZ 18: Tony
JUZ 19: Aisyahusna
JUZ 20: Aisyahusna
JUZ 21: Wardah
JUZ 22: Wardah
JUZ 23: Wardah
JUZ 24: Wardah
JUZ 25: Wardah
JUZ 26: Siti
JUZ 27: Siti
JUZ 28: Aisyahusna
JUZ 29:Khirman
JUZ 30:Adik
PERHATIAN: Masa yang diberikan untuk mengabiskan bacaan adalah sebulan bermula 27.5.2010 - 27.6.2010

Jumaat, 14 Mei 2010

KEMBALINYA SEORANG ABUYA


"Tika abuya pulang,
ke Malaysia tanah air tercinta,
anak-anak dan hawarinya,
para perindu kebenaran,
bergembira dan terbela-bela."
Waktu kecil-kecil dulu ana selalu nyanyi lagu ni. Lagu nasyid ini dinyanyikan oleh kumpulan Nadamurni dari album Cahaya Di Ufuk Timur. Rentaknya sedap didengar, senikatanya senang diikut, senikatanya meriah semeriah lagunya tapi ana tak tahu apa maknanya, siapakah "abuya" sebenarnya. Yang ana tahu nyanyi je.
Suatu hari ana terdengar perbualan abang2 ana (abang Jamil dan abang Men) tentang siapa abuya sebenarnya. Rupanya "abuya" ialah Asyaari Muhammad,seorang pemimpin Al-Arqam yang berpengaruh di serata Malaysia bahkan terkenal di negara-negara luar. "abuya" memimpin al-Arqam dengan ajaran Islam dihiasi dengan ilmu-ilmu tarikat yang sangat tinggi sehinggakan pada sekitar tahun 1994 ajaran ini telah diharamkan di Malaysia kerana menyimpang dari akidah Islam sebenar. Para pengikutnya mendakwa bahawa beliau ada Imam mahdi yang ditunggu. ( Wallahu 'alam, ana tak pernah ambil tahu secara mendalam tentang ajarannya)
Sejak itu barulah ana tahu siapa abuya dalam lagu tu. Rupanya lagu tu mengagungkan Abuya Asyaari dan sejak dari itulah ana tak nyanyi lagi lagu untuk abuya.
Hari ini (13.5.2010) buletin utama TV3 memberitahu bahawa "abuya" telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan pada paru-paru. Semoga Allah ampunkan segala dosanya....AL-FATIHAH.

Rabu, 5 Mei 2010

ما يمسكهن إلا الرحمن







أولم يروا إلى الطير فوقهم صافات ويقبضن ما يمسكهن إلا الرحمن إنه بكل شيء بصير



Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

( surah al-Mulk ayat 19)






KEMBALI KEPADA FITRAH

Catatan ini adalah satu rumusan yang dibuat semasa sesi tazkirah yang telah di sampaikan oleh U. Hasanuddin Harun pada 23/11/2007.Tazkirah yang disampaikan ialah mengenai "KEMBALI KEPADA FITRAH".

Dalam kesibukan manusia seharian kadang-kadang manusia lupa siapakah penciptanya, dari manakah asalnya mereka dan kepada siapakah mereka kembali. Saban hari manusia dihimpit oleh masalah yang tidak tahu dari mana puncanya dan bagaimanakah cara menyelesaikannya. Tidak hairanlah ramai manusia yang tidak beriman kini mengambil jalan mudah untuk lari dari masalah iaitu dengan membunuh diri.
Kita hendaklah mengetahui bahawa manusia ini dicipta dari unsur-unsur yang sangat menakjubkan. Unsur-unsur itu ialah JASAD, ROH, AKAL, NAFSU, dan HATI.


JASAD - Allah s.w.t menciptakan nabi Adam dari semua jenis tanah dan ditiupkan roh kedalamnya manakala anak- anak Adam (termasuk kita) dibentuk di dalam rahim ibu. dan pembentukan manusia di dalam rahim akan berubah setiap 40 hari.


ROH - menurut Ibnu Qayim-salah seorang ulamak salaf- menyatakan bahawa jasad dan roh adalah sama bentuk. Roh digilap dengan cahaya Allah iaitu zikir
Roh dan jasad hanya melakukan kerja dan tidak boleh mebuat keputusan. Mereka akan mengalami 3 fenomena iaitu:
1. Mati - roh terpisah dari jasad dan tak dapat kembali lagi
2. Tidur - roh keluar dari jasad dan masuk kembali.
3. Koma, gila, sihir dan sebagainya- roh terkeluar dari jasad dan tidak dapat kembali kepada jasad. Akan mengalami 2 kemungkinan samada akan mati atau sedar kembali.

AKAL dan NAFSU adalah perunding di dalam diri manusia.


HATI - memberi arahan dan membuat keputusan. Musuh utama hati ialah bisikan syaitan yang bernama Al-Khannas iaitu syaitan yang berada di dalam hati dan ditugaskan hanya memberi bisikan buruk kepada manusia.
Hati boleh digilap dengan mengingati Allah dalam apa jua keadaan kerana orang yang ingin diselamatkan oleh Allah dari api neraka ialah orang yang membuat keputusan berlandaskan iman, bukan berlandaskan nafsu dan akal semata - mata. Golongan ini dinamakan sebagai "Ulul Albab" iaitu golongan yang membuat keputusan berlandaskan hati yang telah digilap oleh zikrullah. Setiap langkah mereka hanya kerana Allah, perbuatan dan percakapan mereka untuk Allah, hidup mati mereka hanya kerana Allah. Mereka melakukan semua ini kerana mereka tahu suatu hari nanti mereka akan hidup gembira bersama Allah. SUBHANALLAH

Daripada 5 unsur ini memang tidak dapat kita nafikan bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t. oleh itu marilah kita bersyukur kepada Allah dan bertanyakan diri kita layakkah kita derhaka kepada Allah.

Ya Allah ya Tuhan Kami jadikanlah kami hamba yang bersyukur kepada-Mu, mengingati-Mu setiap masa dan beribadah hanya kerana-Mu. Amiin