Reenz,
pusara Al-Marhumah Marini Abdul Aziz
hanya Allah saja yang tahu,
betapa rindunya hati ini padamu,
Hanya Allah saja yang tahu,
betapa sayunya hati ini mengenangkanmu,
mengenangkan saat suka dan duka kita bersama,
meniti hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Demi mencari redha Ilahihari ini kujalani kehidupan seperti biasa, dalam hati ini terasa sesuatu yang ingin dilepaskan tetapi aku tidak mengetahui apa yang tersirat di hatiku sehinggalah saat ketika aku ingin menulis tarikh di white boar sekolah, hatiku tersentak apabila mengetahui hari ini adalah 27 mei 2010, ...suatu tarikh yang menggenapkan setahun pemergianmu...mataku bergenang mengenangkan mu tapi ku tahan agar P&P ku berjalan lancar.
Reenz,
tika kau sedang berjuang meniti hari-hari terakhir,
kau memanggil namaku, nama sahabat-sahabat yang lain,
agar berada di sisitika itulah juga ku berusaha memohon cuti dan melengkapkan keperluanku
untuk pulang bertemu denganmu,
bayt-bayt doa tidak putus ku panjatkan pada Allah agar mengizinkanku bertemu denganmu
tapi..Allah lebih menyayangimu, aku tidak berdaya sehinggakan kuterima tentang pemergianmu insan yang ku kenali sejak dari Maahad telah pergi buat selama-lamanya,
luluh hatiku diiringi dengan air mata hanya tuhan yang tahu.
Reenz
tak berdaya nak kutahan airmata ini,..
mengalir deras di pipiku saat menulis luahan rasa ini...
ku pasti sahabat2 yang lain turut merasai apa yang kurasa...kerana engkaulah sahabat yang sentiasa di hati kami, menghiburkan kami saat suka dan duka..memberi keyakinan kepada kami saat dugaan tiba.
Reenz,
bagaikan tertanya-tanya, bagaimanakah kau di sana,.moga WILDAN sentiasa menemanimu
ku tahu itu semua diluar batasanku..untukku bayangkan
apa yang kami harapkan agar alunan doa kami sampai kepadamu,
menjadi penyeri kepada Raudhah mu.
Ya Allah, kami sangat rindukan marini, tempatkanlah dia bersama-sama Ahlul-quran yang engkau sayangi..amiin
pusara Al-Marhumah Marini Abdul Aziz
Besut Terengganu
7 GOLONGAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Salam.
BalasPadamUstazah Marini Abdul Aziz, adalah graduan Universiti Jordan kah?