Rabu, 25 Ogos 2010

BERBAHAGIALAH MENJADI MUSLIMAH


Ada kaum wanita berkata..."susahnya menjadi wanita ISLAM" lihat saja peraturan di bawah
1. wanita auratnya lebih susah digaja berbanding lelaki.
2. wanita perlu meminta izin dari suami apabila mau keluar tetapi sebaliknya pada suami.
3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. wanita harus menghadapai kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. wanita wajib taat kepada suami tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami bukan di tangan isteri.
8. wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang dialaminya tetapi tidak pada lelaki.



PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA

1. Aurat serta perhiasan adalah suatu yang sangat mahal harganya. maka benda yang mahal akan dijaga, dibelai disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak dibiarkan terselerak, bukan? Itulah bandingannya antara wanita muslimah dan perempuan jalanan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki perlu taat kepada ibunya 3kaliganda lebih dari seorang ayah. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3. Wanita menerima harta atau warisan lebih sedikit dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserah kepada suaminya. Manakala suami menerima harta pusaka dan warisan ,tetapi harta itu digunakan untuk menanggung isteri dan anak-anaknya.

4. wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melhirkan adalah syahid.

5.Di akhirat kelak seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak permpuannya dan saudara perempuannya.


6. Seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

7.Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu:
solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.


8. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fi sabilillah tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menuanaikan tanggungjawabnya kepada Allah ia akan turut mendapat pahala orang berjuang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MASYAALLAH..SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA MUSLIMAH
TERIMA KASIH ALLAH



Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Kareem!

Masjid Jamiah Yarmouk


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Inilah hadith yang dilaungkan (dalam bahasa arab)oleh anak2 yatim ketika ana melangkah masuk dalam ke perkarangan masjid Yarmok untuk mendirikan solat sunat tarawih, setiap kali itu juga ana melihat wajah anak yatim yang sangat comel, matanya hijau kebiruan, kulitnya putih kemerahan dan mendengar hadith yang dibaca sampai ana hafal. dalam hati, alangkah baiknya kalu ana dapat menjaga anak2 ini. besar ganjarannya di sisi Allah. Dapat duduk dekat2 dengan Rasulullah dalam syurga..bestnye. Tapi kemampuan ana terbatas. Moga Allah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

Anak -anak yatim ini akan berada di hadapan setiap pintu masuk jemaah lelaki atau perempuan sambil membaca hadith dan menghulurkan sekeping sampul surat. Sampul surat ini diberikan dengan harapan para jemaah akan menghulurkan sedikit bantuan dan memasukkannya dalam tabung yang disediakan khusus untuk anak yatim. inilah antara keindahan suasana Ramadhan di Jordan,

Dengan papan tanda yang banyak mengalukan kedatangan Ramadhan, restoran2 berlumba-lumba untuk menyediakan hidangan berbuka FREE untuk para musafir dan ibnu sabil seperti kami yang sedang menuntut ilmu, anak2 arab membungkus kurma atau coklat cantik2 dan diedarkan ke semua jiran2 dan sahabat handai tak kira kenal atau tidak, para jemaah bertadarus sama2 dalam masjid sambil menunggu waktu solat isyak dan yang paling best tak sentuh langsung pasal HARI RAYA. Apabila habis Ramadhan semua bekerja seperti biasa. Hari raya pun bekerja siap buka kedai lagi.
Ya Allah ana terlalu Rindukan suasana ini. masih terbayang2 di depan mata ketenangan yang dikecapi di sana. Moga ana dapat ke sana semula bersama suami tercinta.



Seperti biasa apabila datangnya Ramadhan, ana dan suami telah berbincang tentang target2 ibadah yang perlu di capai sepanjang Ramadhan. Antaranya ialah mesti khtam 30juz. Untuk memudah perjalanan tadarus suami, Ana mengambil langkah menyediakan sesuatu khas untuknya iaitu satu lembaran senarai MUKA SURAT DALAM AL-QURAN. Lembaran ini bertujuan untuk memudahkan suami ana dan semua pembaca al-quran mengingat muka surat yang telah dibaca dan dapat menentukan target berapa muka surat yang hendak dibaca setiap hari.


Selepas ini kami akan tampal lembaran ini bersebelahan (ana punya dan suami punya) agar dapat bersaing dan berlumba2 siapa yang khatam dulu hehe...

kepada semua pembaca blog ana hadiahkan lembaran ini untuk manfaat kita bersama. Siapa yang nak dalam bentuk WORD sila tinggalkan alamat emel anda untuk proses attacment. Moga kita berkumpul bersama ahlul quran di syurga nanti ...Amiin

SALAM RAMADHAN DARI KAMI
AALI MUNAWWAR

Ahad, 4 Julai 2010

SEMPATKAN AKU

Wahai Tuhan
Pencipta waktu
yang tiada tandingannya
sempatkan aku untuk berbakti kerana-Mu
agar bumi yang ku pijak
dihujani dengan bunga-bunga kebahagiaan,
di hiasi dengan alunan al-quran
diharumi dengan wangian keimanan

Wahai Tuhanku
Pemilik siang dan malam
yang mengawal setiap jantung yang berdenyut
sempatkan aku untuk berbakti kerana-Mu
biar langit yang ku junjung
dijulangi dengan syariatMu
sehingga setiap penghuninya
mendoakan aku,
mendoakan ibu bapaku,
mendoakan suamiku
mendoakan anak-anakku
mendoakan sahabat-sahabatku
dan mendoakan ummah seluruhnya
mendapat redhamu
Wahai Tuhanku
Pemilik segala isi alam ini
sempatkan aku untuk berbakti kerana-Mu
sehingga anak-anak didikku mengenali-Mu
menyayangi-Mu
mentaati-Mu
setiap aliran darah yang mengalir
disulami dengan zikir padamu
agar agamamu gemilang kembali
Ku rindukan saat itu...
wardatulmunawwarah
Rejab 1431

Isnin, 28 Jun 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU KAKAK

Alhamdulillah, sagala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, yang menciptakan makhluknya berpasangan, memang tidak disangka di manakah akan bertemu jodoh, tetapi itu semua ketentuan ilahi atas usaha kita untuk mecari yang soleh dan solehah agar melahirkan generasi yang soleh/solehah yang bertaqwa dan mnegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Sepanjang cuti sekolah bulan 6 baru2 ni banyak perkara yang ana hadapi antaranya:
1) intergrasi bulan jun di maktab selama 2 minggu
kuliah kat maktab temenggong ibrahim larkin, tiap2 hari tido kul 3 ,4 nyiapkan assigment, malam last sebelum habis kuliah tak tido langsung sebab nak pastikan assigmen yang dihantar (5 assigment) lengkap dan puas hati serta persiapan menghadapi kuliah esoknya..best betul

2) Selamat pengantin Baru kakak ( anak saudara sulung)
Makcu, Ayahsu dan sufiah doakan agar kakak bahagia bersama suami tercinta dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah..sabar hadapi ujian rumahtangga kerana itu adalah jalan yang mudah menuju ke syurga.
walaupun kami tak sempat untuk majlis perkahwinan di rumah kak zailah tapi dapat tengok kakak kat majlis sambut menantudi rumah Aris pun Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Untuk Arif, Selamat datang ke keluarga kami. Jaga kakak elok-elok ye.

3) dapat kad jemputan
Inilah kad jemputan yang ana dapat sepanjang cuti sekolah bulan Jun.
Mula-mula kad dari BEN(Abu Bakar Muhammad)
14 Jun 2010
ana minta maaf pada Ben kerana tak dapat datang majlis kerana pada hari tu ada kuliah kat maktab. nasib baik dah ucap selamat pengantin baru pada ben sebelum majlis hari tu. tahniah dapat orang terengganu, nti ada rezeki boleh kita ziarah-ziarah di terengganu
kedua)
bila sampai Terengganu, mak ana cakap ada 2 kad jemputan. bila dibuka kadnya warna kuning rupanya dari Syiham (junior Jordan) dan yang satu lagi warna pink dari KAK YATI PINENG (Nor hayati Abdullah). tengok tarikh semuanya dah lepas 0000h Tidaaaaaaak! semuanya tarikh dalam cuti. Syiham 20 Jun dan kak yati 9 Jun 2010. Sedihnya tak dapat hadir majlis kak tie dan Syiham...SELAMAT PENGANTIN BARU untuk kalian semua. Moga mahligai yang terbina adalah tapak untuk mahligai di Syurga nanti...sedih tak dapat gi majlis kak Tie huhuhu

4) aku dan pantai xdapat dipisahkan

Balik Terengganu mesti singgah pantai. Ciptaan Allah memang tidak sia-sia. walaupun tak main air laut, berbekalkan pisang goreng dan air kelapa, itu cukup untuk kami sekeluarga menikmati keindahan alam. Memang dari kecil lagi aku suka ke pantai kerana di situ mempunyai seribu rahsia alam. Dengan menghayatinya akan terjumpa seribu ketenangan.


5) latih budak nasyid


Buka sekolah je dah kene latih budak-budak nasyid untuk pertandingan minggu Bahasa Arab peringkat daerah Johor bahru.
Moga kalian mendapat kejayaan.

6) praktikum
Bermula dari hari ini ana akan mengahadapi Praktikum selama 3 bulan. Praktikum ni adalah proses Pelajaran dan pembelajaran yang dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing. Ana mohon doa dari kalian agar ana menghadapinya dengan tenang dan cemerlang. Inilah antara saat- saat penting untuk ana habiskan pengajian dalam Diploma Pendidikan yang ana sedang duduki sekarang ini. Doakan ana..

Sabtu, 5 Jun 2010

YAHUDI DAN NYAMUK


"umi nyamuk!! pukul pukul!!" ...hehe itulah telatah sufiah anakku apabila melihat nyamuk..lain pula kalau melihat semut" bye bye semut, hati-hati jalan" .."burung hati hati tau!" pesannya kepada burung...tapi kalau cicak" umi cicaaak!! lariiiii!!" hehehe geli katanya hehe...itulah telatah sufiah jantung hatiku..

suatu ketika dalam hati ini mengulang2 ayat إن الله لا يستحيي أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها..tiba-tiba terfikir apa makna بعوضة ...bila tengok tafsif laaa nyamuk rupanya, kesian selama ni tahu baca je tapi tak tahu makna...apa lagi alang2 dah baca fahamkan terus maknanya..apabila di teliti rupanya ada peristiwa disebalik ayat ni.


Suatu ketika tatkala Allah menurunkan perumpamaan dalam Al-quran seperti lalat,semut, lebah, dan binatang yang lain, orang-orang YAHUDI TERGELAK-GELAK mendengarnya sambil bertanya, apakah faedah dari perumpamaan itu?

maka Allah menurunkan ayat ini yang ber maksud.


"Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu, ada pun orang-orang yang beriman mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Allah. Tetapi mereka yang kafir berkata " apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?


( Allah menjawab) Dengan perumpamaan itu banyak orang sesat dan dengan itu banyak pula yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tadak ada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu selaik orang fasik" surah al-baqarah ayat 26


Kesimpulannya dengan nyamuk -jika manusia mengkajinya - Allah akan tambahkan keimanan bagi yang beriman denganNya dan Allah akan tambahkan kesesatan bagi orang fasik.



wallahu'alam


Selasa, 1 Jun 2010

KONVOI LL4G: Israel!!! ini janji Allah!!

Ana menerima msg dari suami ana tepat jam 1.20 ptg 31 may 2010 yang mengatakan bahawa kapal KONVOI LL4G (lifeline 4 Gaza) yang disertai oleh Ustaz Hasanudin Yunus (pengasas Aqsa Syarif juga jiran satu taman ana) telah diserang oleh Israel, beberapa orang telah syahid dan selebihnya cedera..terpancul dari mulut ana kalimah ALLAHU AKBAR yang ana tak tahu berapa kali ana sebut. Berdebar-debar dan bercabang-cabang dalam kepala ana memikirkan tentang berita ini.. إن نصر الله قريب (sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat)balas ana kepada msg suami sambil tersenyum.

Wahai Israel laknatullah DENGAR SINI!!!: surah Al-Isra' ayat 4-8



4. "Dan kami tetapkan terhadap bani Israel dalam kitab itu bahawa kamu pasti akan berbuat kerusakan di bumi ini dua kali (menurut Ibnu Abbas kali pertama membunuh nabi Zakariya dan yang kedua membunuh Nabi Yahya) dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar."

5." Maka apabila datang saat hukuman bagi kejahatan pertama dari kedua kejahatan itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba kami yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana."


6. "Kemudian kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan kami jadikan kemu kelompong yang lebih besar."

7. " Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka kerugian kejahatan itu untuk kamu sendiri. Apabila datang saat hukuman kejahatan yang kedua,(kami bangkitkan musuhmu wahai Israel) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka memasuki masjidil Aqsa sebagaimana ketika mereka memasukinya kali pertama dan mereka membinaksakan apa saja yang mereka kuasai."

8." Mudah -mudahan Tuhan kamu melimpahkan rahmat kepada kamu; tetapi jika kamu kembali melakukan kejahatan nescaya kami akan mengazabkanmu. Dan kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang kafir."


KENYATAAN AKHBAR: PENGERUSI AQSA SYARIF TENTANG LIFELINE FOR GAZA



Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En. Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 gaza Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.

Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa Syarif dan juga Yayasan Amal.Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi tersebut.

Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman, sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 sukarelawan dari seluruh dunia sudah berada di Altanya untuk menyertai misi ini.

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza. Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.



Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

PengerusiAqsa Syarif Berhad



VIDEO SERANGAN ISRAEL KE ATAS KONVOI LL4Gsila klik blog suami ana http://www.abgnua.blogspot.com/



wahai muslimin sekalian walaupun kita tak dapat bersama dengan mereka tidak semestinya kita mesti berdiam diri, hantarlah bait-bait doa kita untuk mereka agar menjadi pedang kepada mereka melawan musuh Allah di sana!!!

Jumaat, 28 Mei 2010

KU RINDU PADAMU

Reenz,
hanya Allah saja yang tahu,
betapa rindunya hati ini padamu,
Hanya Allah saja yang tahu,
betapa sayunya hati ini mengenangkanmu,
mengenangkan saat suka dan duka kita bersama,
meniti hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Demi mencari redha Ilahi


hari ini kujalani kehidupan seperti biasa, dalam hati ini terasa sesuatu yang ingin dilepaskan tetapi aku tidak mengetahui apa yang tersirat di hatiku sehinggalah saat ketika aku ingin menulis tarikh di white boar sekolah, hatiku tersentak apabila mengetahui hari ini adalah 27 mei 2010, ...suatu tarikh yang menggenapkan setahun pemergianmu...mataku bergenang mengenangkan mu tapi ku tahan agar P&P ku berjalan lancar.

Reenz,
tika kau sedang berjuang meniti hari-hari terakhir,
kau memanggil namaku, nama sahabat-sahabat yang lain,
agar berada di sisi
tika itulah juga ku berusaha memohon cuti dan melengkapkan keperluanku
untuk pulang bertemu denganmu,
bayt-bayt doa tidak putus ku panjatkan pada Allah agar mengizinkanku bertemu denganmu
tapi..Allah lebih menyayangimu, aku tidak berdaya sehinggakan kuterima tentang pemergianmu insan yang ku kenali sejak dari Maahad telah pergi buat selama-lamanya,
luluh hatiku diiringi dengan air mata hanya tuhan yang tahu.

Reenz
tak berdaya nak kutahan airmata ini,..
mengalir deras di pipiku saat menulis luahan rasa ini...
ku pasti sahabat2 yang lain turut merasai apa yang kurasa...kerana engkaulah sahabat yang sentiasa di hati kami, menghiburkan kami saat suka dan duka..memberi keyakinan kepada kami saat dugaan tiba.


Reenz,
bagaikan tertanya-tanya, bagaimanakah kau di sana,.moga WILDAN sentiasa menemanimu
ku tahu itu semua diluar batasanku..untukku bayangkan
apa yang kami harapkan agar alunan doa kami sampai kepadamu,
menjadi penyeri kepada Raudhah mu.

Ya Allah, kami sangat rindukan marini, tempatkanlah dia bersama-sama Ahlul-quran yang engkau sayangi..amiin



pusara Al-Marhumah Marini Abdul Aziz
Besut Terengganu

7 GOLONGAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)